Monday, 19 June 2017

Yang bernama Cahaya Syurga


Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah syukur ke hadirat ilahi, kita masih bernafas di muka bumi Allah ni dalam bulan Ramadhan bulan yang penuh berkah menghabiskan sisa-sisa ramadhan yang masih berbaki kurang 4 hari lagi. Untuk persiapan raya tahun ni? Bagi aku sederhana sahaja. Lagipun perasaan nak raya tu dah pudar. Mungkin rasa sedih tu masih terasa rasa di hati.

Ya Allah, maafkan aku..
Siapa yang tak sedih orang yang dia paling sayang bakal bertunang dengan orang lain? Dengan pilihan keluarga sendiri pula tu. Dan yang paling sayu bakal tunang orang yang korang sayang tu senior korang waktu sekolah dulu. Allah.. Berkali aku panjatkan doa pada Allah supaya tenangkan hati kecil ini. Agar sentiasa menerima dengan redhanya.

Perkenalan 8 bulan..
Pada awalnya hubungan kami sekadar kawan. Namun siapa sangka Allah itu lebih mengatur segalanya. Dia uji hati hamba dia dengan perasaan suka. Sifat lembut, sabar dan nakal yang buat aku senang dengan perwatakannya. Pada orang lain.. ya masih baru. 8 bulan apalah sangat. Tapi pada aku, yang punya hati kecil ini. Rasa itu lebih dari sayang kepada seorang kawan. Sebenarnya bukan aku tidak pernah serik dengan kegagalan cinta yang lepas. Sudah puas aku tolak hati yang ingin mengenal diri ini dengan lebih rapat. Tapi entah kali ini aku tak tahu kenapa aku gagal menepis perasaan itu bertandang di hati.

Salahkah aku merindu?
Aku teringat dengan seseorang. "Kawan"nya bernikah dengan orang lain setelah bertahun-tahun perkenalan. Terlihat kekecewaannya di setiap bait puisi yang ditulis. Aku menghadam satu persatu bait puisinya. Menjadi silent reader. Sebuah rasa yang mendalam. Terkadang bangun dari tidurku. Aku perhati telefon di tangan. Mengintai jika ada mesej selamat pagi seperti selalu. Hampa. Aku tahu, aku tak patut tunggu.. semuanya dah berlalu. Ia pilihan yang terbaik buatnya. Pilihan dia dan keluarganya. Semoga Allah merahmati dia dan keluarganya. Aku meneka neka tarikh pertunangannya. Mungkin lepas raya. Mungkin sahabat-sahabatku ada yang dijemput. Dan aku harus bersedia dengan gambar pertunangan mereka kelak. Sedih? ya. Sayu? pun iya. Allah.. sampai bilakah perasaan ini akan tersimpan.

Aku redha
Terasa bagai mimpi. Kadang aku macam tak percaya. Adakah sebuah cerita lucu? Berkali aku ingatkan pada diri sendiri.. Bukan khayalan.. Akhirnya aku redha. Aku sentiasa redha. Jika itu yang terbaik buatnya. Mungkin itu bahagia buatnya. Terima kasih kerana pernah hadir. Terima kasih pernah menjaga dan menegur salah dan silapku sepanjang perkenalan kita.  Sukar untuk aku terima. Pahit untuk aku menelan. Tapi aku gagahi demi bahagiamu. Terima kasih pernah menjadi kesayangan puteri. Terima kasih Cahaya Syurga!

Ya Allah jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...

No comments:

Post a Comment